Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : Terbaru, Kluster Jalan Masjid Tanah!

812
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 31 Jan : Satu lagi kluster baharu dilaporkan di Negeri Melaka pada hari ini iaitu Kluster Jalan Masjid Tanah yang melibatkan pekerja kilang seperti yang dinyatakan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Menurut kenyataan itu lagi, sehingga hari ini kluster yang mula dilaporkan pada 30 Januari itu telah mencatatkan 1023 saringan daripada kontak rapat dengan 69 kes dikesan positif.

Tambah laporan itu lagi, daripada 69 kes positif itu, 20 kes melibatkan warga negara dan 49 kes lagi bukan warga negara manakala 951 lagi saringan dikesan negatif sementara tiga lagi masih menunggu keputusan.

Tambah JKNM lagi, selain Kluster baharu Jalan Masjid Tanah, kluster lain yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Serkam Tengah, Kluster Pantai Peringgit, Kluster Dialisis Malim, Kluster Teknologi Kesidang, Kluster Rambai, Kluster Telok Mas, Kluster Anak Air, Kluster Tembok Kemus, Kluster Bukit Sebukor, Kluster Jalan Usaha, Kluster Tapak Bina Bali Residence dan Kluster Tembok Sungai Udang, Kluster Bukit Palah dan Kluster Jalan Kejora, sementara kluster negeri lain yang melibatkan Melaka pula ialah Kluster Jalan Harapan dan Kluster Tanjung Megah.

Laporan itu juga menyebut sebanyak 153 kes baharu Covid-19 direkodkan di negeri Melaka hari ini dengan 120 daripadanya adalah kes tempatan, satu kes Import B, manakala 32 kes lagi adalah kes banduan/OKT/PATI.

Berdasarkan daerah, daripada 153 kes itu, 68 kes dikesan di Melaka Tengah, 75 kes di Alor Gajah sementara sepuluh kes lagi dikesan di Jasin, kata laporan itu.

JKNM juga melaporkan sebanyak 73 kes sembuh baharu direkodkan hari ini manakala 1098 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC hari ini termasuk tujuh kes ICU sementara enam kes lagi dibantu dengan alat penafasan.

Bagi daerah Alor Gajah, daripada 31 mukim, lapan mukim berada di zon hijau, 22 mukim lagi berada di zon kuning, tiada mukim berada di dalam zon jingga manakala satu mukim hari ini memasuki zon merah iatu mukim Sungai Baru Tengah (74 kes).

Sementara bagi daerah Melaka Tengah pula, daripada keseluruhan 29 mukim, tiada zon hijau; 19 mukim di dalam zon kuning; tiga mukim di dalam zon jingga; dan tujuh mukim lagi di dalam zon merah iaitu mukim Bachang (140 kes), Bandar Melaka (265 kes), Batu Berendam (121 kes), Bukit Baru (100 kes), Bukit Katil (74 kes), Cheng (41 kes) dan Sungai Udang (64 kes).

Bagi daerah Jasin pula, daripada 21 mukim, empat adalah di dalam zon hijau; 14 adalah dalam zon kuning; tiga mukim dalam zon jingga dan tiada mukim dalam zon merah.

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 5298 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini menjadikan hari ini adalah hari ketiga berturut-turut jumlah kes harian melepasi paras lima ribu.

Selangor juga hari ini masih mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri dengan mencatat sebanyak 2460 kes, diikuti oleh Johor yang mencatatkan 1020 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sehingga kini keseluruhan kes dicatatkan di Malaysia berjumlah 214,959 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.



Agen Masjid Tanah Yong Tau Foo segera TEPEN FROZEN
Hubungi Bahrum : 011-16964842