Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2021 – BPPWP

347
SHARE

Tahun 2021 menandakan usia Wilayah Persekutuan ini sudah menginjak 47 tahun sejak ianya diwartakan secara rasmi pada 1 Februari 1974.

Tema yang dipilih untuk sambutan kali ini iaitu ‘Wilayah Prihatin’ amatlah wajar sejak konsep berkenaan dipupuk bermula dari kita berdepan dengan pandemik yang cukup mencabar khususnya pada ketika ini.

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) sangat menyambut baik perancangan sambutan hari bersejarah ini oleh Kementerian Wilayah Persekutuan diketuai Menterinya, Yang Berhormat Tan Sri TPr Annuar Musa serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Program-program yang disusun walaupun perlu mematuhi norma baharu, namun banyak menerapkan elemen-elemen yang bermanfaat seperti Yasin Hour, Wilayah Persekutuan Bermunajat dan juga Forum Perdana selama lapan hari berturut-turut.

Semoga dengan usaha baik ini dapat menyatupadukan warga Wilayah Persekutuan dalam ketaqwaan serta menjemput rahmat dan keberkatan dari Allah S.W.T sejajar firmanNya dalam Surah Al-A’raf ayat ke 96:

وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰۤ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّقَوۡا۟ لَفَتَحۡنَا عَلَیۡهِم بَرَكَـٰتࣲ مِّنَ ٱلسَّمَاۤءِ وَٱلۡأَرۡضِ
Maksudnya:
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.

Di kesempatan ini juga, BPPWP menyeru seluruh warga Wilayah terutamanya untuk mematuhi SOP COVID-19 sebaik mungkin berikutan situasi terkini yang membimbangkan dan negeri kita ini juga mencatatkan antara kes tertinggi.

Semoga Allah memelihara kita semua daripada wabak ini, menyembuhkan semua yang dijangkiti serta merahmati semua yang telah kembali ke rahmatullah akibat pandemik ini.

Akhirnya, BPPWP serta seluruh saff kepimpinan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan kali ke 47 pada tahun ini.

Siiru ‘ala barakatillah.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

‘Wilayah Prihatin’

‘Wilayah Sejahtera’

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
31 Januari 2021 l 18 Jamadilakhir 1442H