Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | Empat kes baharu

445
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 14 Mac : Hanya empat kes positif baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu dua daripadanya adalah kes tempatan sementara dua lagi adalah banduan/OKT/PATI.

Menurut JKNM, berdasarkan daerah, daripada empat kes itu, tiga kes dikesan di Melaka Tengah dan satu lagi di daerah Jasin.

JKNM juga melaporkan sebanyak dua kes sembuh baharu direkodkan hari ini, sementara 150 kes masih dirawat di Hospital Melaka termasuk satu kes ICU.

Tambah JKNM lagi, kluster yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Kampung Gedang, Kluster Telok Mas, Kluster Tembok Sungai Udang, Kluster Industri Serkam, Kluster Teknologi Berendam, Kluster Jalan Haji Malek, Kluster Teknologi Lot Enam dan Kluster DTI Machap Umboo.

Bagi status kategori zon untuk mukim-mukim dalam Negeri Melaka pula, bagi daerah Alor Gajah, daripada 31 mukim, 26 mukim berada di zon hijau dan lima mukim lagi berada di zon kuning.

Bagi daerah Melaka Tengah pula, daripada keseluruhan 29 mukim, 16 mukim di dalam zon hijau dan 13 mukim lagi di dalam zon kuning.

Bagi daerah Jasin pula, daripada 21 mukim, 15 adalah di dalam zon hijau dan enam lagi adalah dalam zon kuning.

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 1354 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor masih mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 577 kes, diikuti oleh Sarawak yang mencatatkan 178 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sehingga kini keseluruhan kes dicatatkan di Malaysia berjumlah 323,763 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Perlis.