Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka | Dua kluster berakhir hari ini

71
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 9 Mei : Dua kluster berakhir pada hari ini, iaitu Kluster Teknologi Lot Enam dan Kluster Jalan Mata Kuching, kata Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut laporan itu, kluster lain yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Telok Mas, Tembok Sungai Udang, Taman Malim Jaya, Jalan Gapam, Pengkalan Batik, Jalan Pokok Mangga, Jalan Melaka Raya, Kota Syahbandar, Jalan Kesidang, Teknologi Ayer Keroh, Kampung Hilir Air Gajah, Air Budi, Seri Jati, Kluster Sebatu, Jalan Emas, Jalan Dahlia Lima, Kopitiam Machap Baru, Jalan PKAK Ayer Keroh dan Jalan Limbungan Jaya.

Sementara itu JKNM juga melaporkan sebanyak 66 kes positif baharu direkodkan di negeri Melaka hari ini dengan 63 daripadanya adalah daripada kategori kes tempatan, dua kes adalah kes import manakala satu lagi adalah kes banduan/ PATI.

Jabatan itu juga melaporkan sebanyak 71 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, sementara 618 kes masih dirawat di Hospital Melaka dengan 34 kes adalah daripada kes ICU dan enam kes lagi kategori bantuan alat pernafasan.

Bagi status kategori zon untuk mukim-mukim dalam Negeri Melaka pula, bagi daerah Alor Gajah, daripada 31 mukim, 15 mukim berada di zon hijau, 10 mukim berada di zon kuning, empat mukim dalam zon jingga dan dua mukim dalam kategori zon merah iaitu mukim Machap dan Sungai Baru Ilir

Bagi daerah Melaka Tengah pula, daripada keseluruhan 29 mukim, empat mukim di dalam zon hijau, 20 mukim lagi di dalam zon kuning, tiga mukim dalam zon jingga dan dua mukim lagi dalam zon merah iaitu mukim Bandar Melaka dan mukim Bukit Katil.

Bagi daerah Jasin pula, daripada 21 mukim, 10 mukim adalah di dalam zon hijau, sementara 10 lagi adalah dalam zon kuning dan satu di dalam zon merah iaitu Mukim Sebatu.

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 3733 jumlah keseluruhan kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 1278 diikuti oleh Sarawak yang mencatatkan 454 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sehingga kini keseluruhan kes dicatatkan di Malaysia berjumlah 440,677 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .