Home Artikel PAS Perak

Raikan Golongan Asnaf Sebelum Aidilfitri

63
SHARE


Oleh Nur

BUKIT GANTANG, 9 Mei 2021: Ameerah Bukit Gantang telah melaksanakan program ziarah “Sumbangan Dapur Syawal 2.0” pada pagi semalam.

Program kali ini, kami fokuskan penerima bantuan wanita muda yang berkategori asnaf di kawasan ini.

Turut turun ke medan lapangan Ketua Ameerah kawasan Bukit Gantang, Wawa Asma Anas dan muslimat muda PAS kawasan Bukit Gantang untuk menyantuni golongan asnaf kawasan ini.

Ketua Ameerah Kawasan Bukit Gantang, Wawa Asma Anas berkata seramai 30 orang golongan asnaf yang kami akan santuni pada hari ini dan semoga sumbangan diberikan ini dapat memberikan sedikit kegembiraan pada Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Golongan asnaf yang kami santuni ini ada pelbagai jenis kisah tentang kehidupan mereka dan menjadikan kami sebagai para sukarelawan menyuburkan lagi rasa syukur kepada nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada kita.

Rata-rata penerima sangat terharu dan riak wajah mereka tergambar kegembiraan dengan sumbangan yang diberikan oleh pihak kami.

Program “Sumbangan Dapur Syawal 2.0” kali ini ditaja oleh NGO Khadijah Prihatin yang mana Ameerah kawasan Bukit Gantang sumbangkan kepada para asnaf dalam bentuk barangan dapur dan juga wang tunai.

Anak-anak golongan asnaf kami turut raikan dengan memberikan “Duit Raya” kepada anak-anak mereka.

Sumbangan kali berjalan dengan lancar walaupun kita masih dalam suasana pandemik Covid-19.