Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 59 kes baharu

206
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 11 Apr : Sebanyak 59 kes positif baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini kata Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu daripada 59 kes tersebut 12 kes adalah daripada kategori kes tempatan, tiga kes daripada kategori import, sementara 44 kes lagi adalah daripada kategori Banduan/OKT/PATI.

JKNM juga melaporkan sebanyak 20 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, sementara 198 kes masih dirawat di Hospital Melaka dengan dua kes ICU dan satu kes bantuan alat pernafasan.

Tambah JKNM lagi, kluster yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Telok Mas, Kluster Tembok Sungai Udang, Kluster Jalan Kenanga, Kluster Teknologi Lot Enam dan Kluster DTI Machap Umboo dan Kluster Jalan Mata Kuching sementara kluster luar yang ada kaitan dengan kes Melaka ialah Kluster Jalan Padang (Negeri Sembilan) dan Kluster Jalan Harapan.

Bagi status kategori zon untuk mukim-mukim dalam Negeri Melaka pula, bagi daerah Alor Gajah, daripada 31 mukim, 22 mukim berada di zon hijau dan sembilan mukim lagi berada di zon kuning.

Bagi daerah Melaka Tengah pula, daripada keseluruhan 29 mukim, 12 mukim di dalam zon hijau, 15 mukim lagi di dalam zon kuning, dan dua mukim dalam zon jingga.

Bagi daerah Jasin pula, daripada 21 mukim, 14 mukim adalah di dalam zon hijau, sementara tujuh lagi adalah dalam zon kuning.

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 1739 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor masih mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 535 kes, diikuti oleh Sarawak yang mencatatkan 443 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sehingga kini keseluruhan kes dicatatkan di Malaysia berjumlah 360,856 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Perlis.

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

.         SAMBAL IBU SARI        .