Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 417 kes positif, 5 kematian hari ini

151
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 31 Ogos: Sebanyak 417 kes positif dan lima kes kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Kata laporan itu lagi, daripada 417 kes positif baharu tersebut, 414 kes adalah daripada kategori kes tempatan, dua kes daripada kategori kes import B dan satu kes daripada kategori banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 201 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 79 kes di Daerah Jasin dan 137 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 717 kes sembuh baharu direkodkan hari ini sementara 7717 kes masih dirawat dengan 72 kes adalah daripada kes ICU dan 23 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Lima punca utama jangkitan bagi 417 kes hari ini ialah, 77 kes melibatkan kluster kilang; 189 kes melibatkan kontak keluarga; satu kes melibatkan institusi penjara; 31 kes melibatkan tempat kerja bukan kilang; sementara 104 kes lagi adalah saringan bergejala dalam kalangan orang ramai.

Kes kematian

Menurut JKN Melaka, sebanyak lima kes kematian baharu direkodkan hari ini, di mana dua kes dikesan di Daerah Alor Gajah manakala tiga kes lagi di Daerah Jasin.

Secara keseluruhan mangsa kematian terdiri daripada tiga wanita dan dua lelaki yang berusia antara 39 dan 73 tahun.

Laporan kluster

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Kes seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan seramai 14.9 juta rakyat Malaysia telah mengambil satu doz vaksin sementara 19.6 juta pula telah mengambil dua doz lengkap sehingga semalam.

KKM juga melaporkan sebanyak 20,897 kes positif baharu, 282 kes kematian baharu dan 18,465 kes sembuh baharu turut direkodkan hari ini.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sebanyak 267,863 kes aktif semasa direkodkan sementara keseluruhan kes jangkitan terkumpul dicatatkan di Malaysia hari ini berjumlah 1,746,254 kes.

Selangor pula masih kekal mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 4371 kes, diikuti oleh Sabah yang mencatatkan 2594 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.

Pengumuman khas JKN Melaka

JKN Melaka turut mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos ini individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Menurut jabatan itu lagi, seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.