Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 36 kes baharu

282
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 3 Mac : Sebanyak 36 kes baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini seperti yang dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu, daripada 36 kes tersebut, lapan kes adalah daripada kes tempatan, dan 28 lagi melibatkan kes banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu lagi, berdasarkan daerah, daripada 36 kes itu juga, 21 kes dikesan di Melaka Tengah dan 15 kes lagi dikesan di Alor Gajah.

JKNM juga melaporkan sebanyak 13 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, 221 kes pula masih dirawat di Hospital Melaka termasuk enam kes ICU sementara empat kes lagi dibantu dengan alat penafasan.

Tambah JKNM lagi, kluster yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Kampung Gedang, Kluster Telok Mas, Kluster Jalan Usaha, Kluster Bukit Sebukor, Kluster Tembok Sungai Udang, Kluster Bukit Palah, Kluster Jalan Masjid Tanah, Kluster Industri Serkam, Kluster Dialisis Masjid Tanah, Kluster Jalan Bukit Baru, Kluster Teknologi Berendam dan Kluster Teknologi Lot Enam sementara kluster negeri lain yang melibatkan Melaka pula ialah Kluster Jalan Gombak dan Kluster Perindustrian Cyber Senai.

Bagi status kategori zon untuk mukim-mukim dalam Negeri Melaka pula, bagi daerah Alor Gajah, daripada 31 mukim, 20 mukim berada di zon hijau, 11 mukim lagi berada di zon kuning sementara tiada mukim berada di dalam zon jingga atau zon merah.

Bagi daerah Melaka Tengah pula, daripada keseluruhan 29 mukim, 15 mukim di dalam zon hijau; 12 mukim di dalam zon kuning; satu mukim di dalam zon jingga; dan satu mukim dalam zon merah iaitu mukim Batu Berendam (44 kes).

Bagi daerah Jasin pula, daripada 21 mukim, 11 adalah di dalam zon hijau dan 10 lagi adalah dalam zon kuning sementara tiada mukim dalam zon jingga dan zon merah.

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 1745 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 640 kes, diikuti oleh Johor yang mencatatkan 376 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sehingga kini keseluruhan kes dicatatkan di Malaysia berjumlah 305,880 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Perlis dan Labuan.