Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 340 kes positif baharu

299
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 12 Sept: Sebanyak 340 kes positif baharu Covid-19 direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut JKN Melaka, daripada 340 kes positif baharu tersebut, 336 kes adalah daripada kategori kes tempatan, tiada kes daripada kategori kes import A dan masing-masing dua kes daripada kategori kes import B dan kategori banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 126 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 129 kes di Daerah Jasin dan 85 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 391 kes sembuh baharu direkodkan hari ini sementara 7389 kes masih dirawat dengan 64 kes adalah daripada kes ICU dan 23 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Lima punca utama jangkitan bagi 340 kes hari ini ialah, 47 kes melibatkan kluster kilang; 144 kes melibatkan kontak keluarga; dua kes melibatkan institusi penjara; 17 kes melibatkan tempat kerja (bukan kilang), sementara 61 kes lagi adalah saringan bergejala dalam kalangan orang ramai.

Laporan kluster

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Kes kematian

Menurut JKN Melaka, sebanyak dua kes kematian baharu direkodkan hari ini, namun tiada perincian diberi.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.