Home Berita PAS Selangor

Vaksin segera kepada pekerja kilang essential – Ketua Penerangan DHPP Selangor

20
SHARE

May be an image of 4 people and text

“PAS For All” | Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Selangor

Oleh : Harii Khana
Ketua Penerangan DHPP Selangor

Sektor Perkilangan adalah salah satu penyumbang utama kluster Covid-19. Pada pendapat saya tidak wajar kilang dibuka kecuali kilang- kilang yang memang essential dan memang perlu demi kepentingan rakyat.

Diantaranya sebab kenapa kilang perlu ditutup adalah beberapa faktor.

1. Pengangkutan
Bas kilang sebelum masuk di buat peperiksaan. Tapi dalam bas siapa yang kawal. Berapa ramai dalam satu bas siapa yang ada kontak rapat dengan pesakit Covid 19.Siapakah yang harus pantau dan awasi mereka. Pemandu tidak dapat hendak awasi mereka. Konduktor bas ada namun amat sukar untuk di kawal.

2. Masa bekerja.
Masuk kilang kena ambil tahap suhu. Itu pun klu ada buat. Ini juga selalu di lepaskan sbb nk mula berusaha lebih awal. Siapa yg patut pantau perkara ini? Pengurusan kilang kena wajib lantik team utk pantau hal ini utk jadikan lbh berkesan.

3. Semasa kerja
Mungkin mereka ikut SOP. Soalannya berapa lama dan berapa orang sentiasa. Keadaan di tandas tidak selalu di kawal. Masa bekerja pun sop di tinggalkan.siapa yg kawal mereka sebab sebelum ni tiada pun kawalan.

4. Keadaan semasa rehat.
Keadaan makan di kantin adalah satu bahan yang perlukan pemerhatian kursus. Berborak tanpa menggunakan pelindung muka sangat bahaya sebab sekarang kita tahu kuman ini juga boleh merebak dari udara.

5. Bentuk kedudukan dalam kilang.
Mungkin boleh penuhi sop mungkin tidak. Ini saya tak berani nak kata sebab hanya sangkaan sahaja. Mungkin ada kilang yang boleh mungkin ada juga yang tidak. Tengok keluasan tempat bekerja.

6. Tempat tinggal dikilang
Tempat tinggal yang sangat padat, rapat dan terbuka membuka peluang untuk penyakit berjangkit. Memang tak dapat di hentikan. Bahkan kalau tinggal diluar kilang,siapakah yang patut di pantau dah pastikan mereka jaga S.O.P. masing-masing.

7. Bila keadaan kritikal.
Pihak majikan sanggup hantar staff yang sakit kembali untuk quarantin di rumah dengan lori atau kenderaan persendirian. Patut ke? Memang agak susah utk memanggil KKM membantu.

Walauapa pun, kerajaan perlukan income dan ekonomi kena terus berjalan. Kerajaan tak boleh terus matikan semua operasi dalam jangka masa lama.

Langkah terbaik adalah kerajaan terpaksa berkerja keras pasti kan kilang-kilang mematuhi SOP. Langkah lebih proaktif perlu dilakukan pada pekerja terutama pekerja-pekerja asing.

Kena ambik kira keselamatan mereka kerana jika salah seorang terkena akan merebak ke 50 ke 60 orang. Suntikkan vaksin perlu disegerakan terhadap 90% pada pekerja klu ingin kilang beroperasi.

Kalau perkara ini dipandang remeh dan hanya fikirkan keuntungan semata mata.Bagaimana hendak di tamatkan Rantian Covid 19 dan jika yang harus bekerja tidak turuti peraturan S.O.P dan mereka bebas membuat apa saja tanpa kawalan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor