Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 289 kes positif, 2 kematian

99
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 9 Okt: Sebanyak 289 kes positif dan dua kes kematian baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini, seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Tambah JKN Melaka lagi, daripada 289 kes positif baharu itu, 272 daripadanya adalah daripada kategori kes tempatan, tujuh kes daripada kes import B dan 10 kes kategori banduan/OKT/PATI.

Menurut laporan itu lagi, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 186 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 49 kes di Daerah Jasin dan 54 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 509 kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan sebanyak 3539 kes masih dirawat, berkurang berbanding 3762 kes semalam dengan 30 kes adalah daripada kes ICU dan 12 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Laporan kes kematian

Menurut JKN Melaka, dua kes kematian direkodkan hari ini dengan kedua-dua mangsa adalah lelaki di mana seorang daripadanya berasal dari Daerah Jasin berumur 68 tahun dan seorang lagi dari Daerah Alor Gajah berumur 28 tahun.

Laporan kluster

Sebanyak 39 kluster sedia ada direkodkan masih aktif manakala tiada kluster baharu atau kluster diisytiharkan tamat hari ini.

Laporan seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan sebanyak 8743 kes baharu direkodkan hari ini susut berbanding 9751 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah sebanyak 2,332,221 kes.

Selangor menjadi negeri yang mencatatkan kes tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 1351 kes diikuti oleh Sarawak dengan 1126 kes, Kelantan (949), Johor (859), Sabah (761), Perak (724) dan Terengganu (590).

Sementara Pahang pula merekodkan 553 kes, Pulau Pinang (537), Kedah (437) kes, Kuala Lumpur (288), Negeri Sembilan (198), Perlis (66), Putrajaya (23) sementara Labuan pula merekodkan hanya satu kes.