Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 207 kes positif, 2 kematian

117
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 19 Sept: Sebanyak 207 kes positif dan dua kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut JKN Melaka, daripada 207 kes positif baharu itu, 197 kes adalah daripada kategori kes tempatan, dua kes daripada kategori kes import B dan lapan kes daripada kategori banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 113 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 32 kes di Daerah Jasin dan 62 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 362 kes sembuh baharu direkodkan hari ini sementara 6676 kes masih dirawat, berkurang berbanding 6831 kes semalam dengan 64 kes adalah daripada kes ICU dan 19 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Laporan kes kematian baharu

Menurut jabatan itu lagi, hanya dua kes kematian baharu direkodkan hari ini, dengan kedua-duanya dikesan di Daerah Melaka Tengah melibatkan seorang wanita berumur 44 tahun dan seorang lelaki berumur 86 tahun.

Kluster baharu

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini

Laporan seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan sehingga jam 12:00 tengah hari tadi sebanyak 14,954 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah sebanyak 2,097,830 kes.

Sarawak mencatatkan kes tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 2707 kes diikuti oleh Selangor dengan 2028 kes.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.