Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 203 kes positif, 1 kematian

45
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 10 Okt: Sebanyak 203 kes positif dan satu kes kematian baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini, seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Tambah JKN Melaka lagi, daripada 203 kes positif baharu itu, 198 daripadanya adalah daripada kategori kes tempatan, empat kes daripada kes import B dan satu kes kategori banduan/OKT/PATI.

Menurut laporan itu lagi, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 127 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 32 kes di Daerah Jasin dan 44 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 237 kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan sebanyak 3504 kes masih dirawat, berkurang berbanding 3539 kes semalam dengan 31 kes adalah daripada kes ICU dan 14 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Laporan kes kematian

Menurut JKN Melaka, hanya satu kes kematian direkodkan hari ini melibatkan mangsa lelaki, berumur 80 tahun berasal dari Daerah Melaka Tengah.

Laporan kluster

Sebanyak 37 kluster sedia ada direkodkan masih aktif manakala dua kluster diisytiharkan tamat hari ini iaitu Kluster Industri Simpang Empat dan Kluster Industri Jalan EP Serkam Satu.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Laporan seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan sebanyak 7373 kes baharu direkodkan hari ini susut berbanding 8743 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah sebanyak 2,339,594 kes.