Home Rencana PAS Selangor

Talk minda sihat sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia – DPPK Shah Alam

185
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam

“Promosi kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri” adalah tema Sambutan Hari kesihatan mental Sedunia bagi tahun 2021.

Kesihatan Mental adalah satu keadaan yang sejahtera di mana seseorang individu menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, bekerja secara produktif serta mampu menyumbang kepada masyarakat.

Ini bermaksud jika kesihatan mental terjejas, sedikit sebanyak ia akan turut menjejaskan fungsi hidup seseorang individu.

Semoga kita terus sentiasa memantau akan kesihatan mental kita demi kelangsungan hidup yang sejahtera.

10 Oktober 2021 | 3 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor