Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 2 kes baharu sahaja

292
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 15 Mac : Hanya dua kes positif baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini dengan masing-masing satu kes daripada kategori kes tempatan dan banduan/OKT/PATI.

Demikian dinyatakan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya sebentar tadi.

JKNM juga melaporkan sebanyak 21 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, sementara 131 kes masih dirawat di Hospital Melaka termasuk satu kes ICU.

Tambah JKNM lagi, kluster yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Kampung Gedang, Kluster Telok Mas, Kluster Tembok Sungai Udang, Kluster Industri Serkam, Kluster Teknologi Berendam, Kluster Jalan Haji Malek, Kluster Teknologi Lot Enam dan Kluster DTI Machap Umboo.

Bagi status kategori zon untuk mukim-mukim dalam Negeri Melaka pula, bagi daerah Alor Gajah, daripada 31 mukim, 26 mukim berada di zon hijau dan lima mukim lagi berada di zon kuning.

Bagi daerah Melaka Tengah pula, daripada keseluruhan 29 mukim, 16 mukim di dalam zon hijau dan 13 mukim lagi di dalam zon kuning.

Bagi daerah Jasin pula, daripada 21 mukim, 15 adalah di dalam zon hijau dan enam lagi adalah dalam zon kuning.

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 1208 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor masih mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 379 kes, diikuti oleh Sarawak yang mencatatkan 251 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sehingga kini keseluruhan kes dicatatkan di Malaysia berjumlah 324,971 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Perlis dan Labuan.