Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 2 kematian, 190 kes positif baharu

163
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 15 Sept: Hanya dua kes kematian dan 190 kes positif baharu Covid-19 direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut jabatan itu, dua kes kematian baharu yang direkodkan hari ini melibatkan seorang wanita berumur 91 tahun dari Daerah Melaka Tengah manakala satu kes lagi melibatkan seorang lelaki berumur 73 tahun dari Daerah Alor Gajah.

Kes positif baharu

Tambah JKN Melaka, daripada 190 kes positif baharu tersebut, 188 kes adalah daripada kategori kes tempatan, tiada kes daripada kategori kes import A, dua kes daripada kategori kes import B dan tiada kes daripada kategori banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 127 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 44 kes di Daerah Jasin dan 19 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 400 kes sembuh baharu direkodkan hari ini sementara 7004 kes masih dirawat dengan 60 kes adalah daripada kes ICU dan 26 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Lima punca utama jangkitan bagi 190 kes hari ini ialah, 10 kes melibatkan kluster kilang; 82 kes melibatkan kontak keluarga; tiada kes melibatkan institusi penjara; 28 kes melibatkan tempat kerja (bukan kilang), sementara 50 kes lagi adalah saringan bergejala dalam kalangan orang ramai.

Laporan kluster

Satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Taman Desa Bertam yang dikesan di Mukim Bertam dalam Daerah Melaka Tengah.

Kluster ini yang merupakan Kluster Tapak Bina melibatkan 21 kes positif setakat ini dengan punca jangkitan secara sporadik dan telah menular ke tempat kerja dan asrama tempat kerja.

Laporan seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan sehingga jam 12:00 tengah hari tadi sebanyak 19,495 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah sebanyak 2,030,935 kes.

Sebanyak 25 kluster baharu direkodkan di seluruh negara hari ini menjadikan jumlah kluster yang masih aktif ialah sebanyak 1,424 kluster.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 14 hb September 2021 untuk seluruh negara adalah 0.96.

Sarawak mencatatkan kes tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 3723 kes diikuti oleh Selangor dengan 2604 kes.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.