Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 19 kes baharu

175
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 20 Apr : Sebanyak 19 kes positif baharu direkodkan di negeri Melaka hari ini kata Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Daripada keseluruhan 19 kes positif baharu itu, 17 kes adalah daripada kategori kes tempatan, manakala dua kes lagi adalah daripada kategori import.

JKNM juga melaporkan sebanyak enam kes sembuh baharu direkodkan hari ini, sementara 206 kes masih dirawat di Hospital Melaka dengan tiga kes ICU dan dua kes bantuan alat pernafasan.

Laporan itu juga berkata kluster yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Telok Mas, Kluster Tembok Sungai Udang, Kluster Jalan Kenanga, Kluster Teknologi Lot Enam, Kluster Jalan Mata Kuching, Kluster Malim Jaya dan Kluster Jalan Gapam.

Bagi status kategori zon untuk mukim-mukim dalam Negeri Melaka pula, bagi daerah Alor Gajah, daripada 31 mukim, 26 mukim berada di zon hijau dan lima mukim lagi berada di zon kuning.

Bagi daerah Melaka Tengah pula, daripada keseluruhan 29 mukim, 15 mukim di dalam zon hijau dan 14 mukim lagi di dalam zon kuning.

Bagi daerah Jasin pula, daripada 21 mukim, 16 mukim adalah di dalam zon hijau, sementara lima lagi adalah dalam zon kuning.

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 2341 jumlah keseluruhan kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini.

Sarawak hari ini masih mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 600 kes, diikuti oleh Selangor yang mencatatkan 539 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sehingga kini keseluruhan kes dicatatkan di Malaysia berjumlah 379,473 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .