Home Berita PAS Pulau Pinang

PAS Kawasan Permatang Pauh

182
SHARE

18 April 2021, 9.00 pagi – PAS Kawasan Permatang Pauh turun menyantuni masyarakat di UDM Kampung Pertama, DUN Seberang Jaya. Sebanyak 30 hamper barangan keperluan asas telah diagihkan kepada golongan Mosway (miskin, OKU, sakit, warga emas, anak yatim).

Tuan Haji Amir Hamzah Abdul Hashim selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan dan Setiausaha, Mansor Che Dan telah mengetuai pasukan petugas yang turut disertai oleh Muslimat dan Pemuda. Turut serta petugas-petugas dari UDM Kampung Pertama yang dipimpin oleh Tuan Imam Haji Zaki.

Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini termasuk menyediakan hamper-hamper Mosway yang bernilai hampir RM3,000. Demi Islam, kita korbankan masa, tenaga dan wang ringgit, ada ganjaran menanti di akhirat nanti.

#pasdanmasyarakatberpisahtiada
#demiislam