Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 178 kes jangkitan dan satu kematian baharu

191
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 7 Jun : Sebanyak 178 kes jangkitan dan satu kematian baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Tambah laporan itu lagi daripada 178 kes jangkitan baharu itu, 175 kes adalah daripada kategori tempatan sementara tiga kes lagi adalah daripada kategori import.

JKNM turut melaporkan bahawa daripada keseluruhan kes baharu itu juga 61 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 62 kes di Daerah Jasin dan 55 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Jabatan itu juga berkata sebanyak 193 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, sementara 1977 kes masih dirawat dengan 60 kes adalah daripada kes ICU dan 14 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Kes kematian

Sementara itu hanya satu kes kematian direkodkan hari ini melibatkan seorang lelaki berumur 56 tahun daripada Mukim Sebatu dalam Daerah Jasin.

Laporan kluster

Menurut JKNM lagi, terdapat pertambahan kes bagi 29 kluster sedia ada di Negeri Melaka iaitu 11 kes daripada Kluster Industri Batu Berendam; tiga kes daripada Kluster Batu 16 Bemban; 33 kes daripada Kluster Industri Kelemak dan dua kes lagi daripada Kluster Jalan Tanjung Minyak.

Selain itu terdapat dua kluster diisytiharkan tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Pokok Mangga dan Kluster Tembok Sungai Udang.

Kes seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 5271 jumlah keseluruhan kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini, lebih rendah daripada semalam.

Selangor pula kekal mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri namun lebih rendah daripada semalam iaitu sebanyak 1374 kes diikuti oleh Negeri Sarawak yang mencatatkan 703 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sebanyak 82 kes kematian baharu direkodkan hari ini sementara keseluruhan kes jangkitan terkumpul dicatatkan di Malaysia berjumlah 622,086 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.