Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 162 kes positif, satu kluster baharu

337
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 20 Sept: Sebanyak 162 kes positif dan satu kluster baharu akibat Covid-19 direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut JKN Melaka, daripada 162 kes positif baharu itu, 158 kes adalah daripada kategori kes tempatan, dua kes daripada kategori kes import B dan masing-masing satu kes daripada kategori kes import A dan kategori banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 104 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 23 kes di Daerah Jasin dan 35 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 264 kes sembuh baharu direkodkan hari ini sementara 6569 kes masih dirawat, berkurang berbanding 6676 kes semalam dengan 53 kes adalah daripada kes ICU dan 19 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Lima punca utama jangkitan bagi 162 kes hari ini ialah, 14 kes melibatkan kluster kilang; 80 kes melibatkan kontak keluarga; satu kes melibatkan institusi penjara; tiga kes melibatkan tempat kerja (bukan kilang), sementara 57 kes lagi adalah saringan bergejala dalam kalangan orang ramai.

Kluster baharu

Satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Industri Pegoh yang merupakan kluster tempat kerja dikesan di Mukim Pegoh, Daerah Alor Gajah.

Kluster ini melibatkan sebuah kilang dengan 22 kes positif direkodkan setakat hari ini di mana punca jangkitan adalah secara sporadik dan seterusnya menular ke tempat kerja dan asrama pekerja.

Laporan kes kematian baharu

Menurut jabatan itu lagi, hanya tiga kes kematian baharu direkodkan hari ini, dengan ketiga-tiganya dikesan di Daerah Melaka Tengah melibatkan dua orang mangsa wanita berumur 67 dan 74 tahun dan seorang mangsa lelaki berumur 23 tahun.

Laporan seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan sebanyak 14,345 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah sebanyak 2,112,175 kes.

Sarawak mencatatkan kes tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 3611 kes diikuti oleh Johor dengan 1598 kes.