Home Berita PAS Wilayah

PAS Wangsa Maju santuni komuniti Cina 

41
SHARE

Oleh MUHAMAD ABDUL FATEH

WANGSA MAJU, 20 Sept: PAS Wangsa Maju dengan kerjasama Persatuan Penduduk-Penduduk Kampung Lee Kong Chian semalam menyantuni beberapa keluarga Cina di kampung berkenaan.

500 kuih bulan dan sumbangan 70 pek barangan keperluan turut diedarkan makanan kepada mereka yang memerlukan.

Penerima terdiri daripada golongan B40, warga emas dan individu uzur yang tinggal di kawasan tersebut.

Program berkenaan telah disempurnakan oleh YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh (Kak Nuri).

Turut hadir menyampaikan sumbangan ialah YDP PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, Pengurus DBKL Cawangan Wangsa Maju, Yusman Haiti, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Wilayah Persekutuan, Kong Tuck Wah, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Rashidi Razak, serta AJK Pemuda PAS Wangsa Maju dan wakil Komuniti Kampung Lee Kong Chian.