Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 122 lagi kes baharu!

328
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 19 Jan : 122 kes baharu Covid-19 direkodkan di negeri Melaka hari ini seperti yang dinyatakan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu, daripada 122 kes baharu itu, 110 daripadanya adalah kes tempatan sementara 12 lagi adalah daripada kes Import B.

Jika mengikut daerah pula, daripada keseluruhan 122 kes baharu ini, 89 daripadanya direkodkan di Melaka Tengah (84 tempatan, 5 Import B), 18 kes di Alor Gajah (12 tempatan, 6 Import B) dan 15 kes lagi di Jasin (14 tempatan, 1 Import B).

JKNM juga melaporkan, sebanyak 654 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC hari ini termasuk lapan kes ICU sementara tiga kes lagi dibantu dengan alat penafasan.

Bagi daerah Alor Gajah, daripada 31 mukim, 15 mukim berada di zon hijau; 15 mukim lagi berada di zon kuning dan satu mukim di dalam zon jingga iaitu mukim Taboh Naning.

Sementara daerah Melaka Tengah pula, daripada keseluruhan 29 mukim, hanya satu zon hijau; 23 mukim di dalam kuning; empat mukim di dalam zon jingga iaitu mukim Bachang, Bandar Melaka, Batu Berendam dan Bertam; dan tiga mukim lagi di dalam zon merah iaitu mukim Bukit Katil, Cheng dan Telok Mas.

Bagi daerah Jasin pula, daripada 21 mukim, lima adalah di dalam zon hijau; 14 adalah zon kuning; dan dua dalam zon jingga iaitu mukim Serkam dan Umbai

Tambah laporan itu lagi, kluster yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Pantai Peringgit, Kluster Dialisis Malim, Kluster Teknologi Kesidang, Kluster Rambai, Kluster Telok Mas, Kluster Anak Air dan Kluster Tembok Kemus sementara kluster negeri lain yang melibatkan Melaka ialah Kluster Jalan Harapan dan Kluster Tanjung Megah.

Sementara itu Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan bahawa bermula 22 Januari ini seluruh negara akan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali negeri Sarawak.

Ini bermakna Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis kini turut dikenakan perintah berkenaan.

Menurut Ismail, keputusan itu dibuat selepas enam negeri tersebut merekodkan jumlah kes positif yang agak tinggi sehingga 18 Januari lepas.

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 3631 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini di mana Selangor mencatat kes tertinggi antara negeri dengan merekod 1199 kes dan diikuti oleh Sabah yang mencatatkan 526 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.