Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 11 kes baharu

421
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 14 Feb : Rakyat Melaka dapat menarik sedikit nafas lega sekurang-kurangnya untuk hari ini apabila hanya 11 kes baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini seperti yang dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu, daripada 11 kes tersebut, kesemuanya adalah daripadanya adalah kes tempatan dan tiada kes Import B atau pun kes banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu lagi, berdasarkan daerah, daripada 11 kes itu juga, tujuh kes dikesan di Melaka Tengah, tiga kes di Alor Gajah sementara satu kes lagi dikesan di Jasin.

JKNM juga melaporkan sebanyak 49 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, 899 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC termasuk 11 kes ICU sementara lapan kes lagi dibantu dengan alat penafasan.

Tambah JKNM lagi, kluster yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Telok Mas, Kluster Anak Air, Kluster Teknologi Kesidang, Kluster Dialisis Malim, Kluster Tembok Kemus, Kluster Pantai Peringgit, Kluster Jalan Usaha, Kluster Bukit Sebukor, Kluster Serkam Tengah, Kluster Tembok Sungai Udang, Kluster Tapak Bina Bali Residence, Kluster Bukit Palah, Kluster Jalan Kejora, Kluster Jalan Masjid Tanah, Kluster Industri Serkam, Kluster Dialisis Masjid Tanah, Kluster Jalan Bukit Baru dan Kluster Tekonologi Berendam.

Selain itu, tambah laporan itu lagi, kluster negeri lain yang melibatkan Melaka pula ialah Kluster Jalan Harapan, Kluster Industri TTJ Negeri Sembilan, Kluster Jalan Ithnin Johor dan Kluster Jalan Gombak.

Bagi status kategori zon untuk mukim-mukim dalam Negeri Melaka pula, bagi daerah Alor Gajah, daripada 31 mukim, 10 mukim berada di zon hijau, 21 mukim lagi berada di zon kuning, tiada mukim berada di dalam zon jingga atau zon merah.

Bagi daerah Melaka Tengah pula, daripada keseluruhan 29 mukim, tiga zon hijau; 20 mukim di dalam zon kuning; lima mukim di dalam zon jingga; dan hanya satu mukim kini masih di dalam zon merah iaitu mukim Bandar Melaka (59 kes).

Bagi daerah Jasin pula, daripada 21 mukim, tujuh adalah di dalam zon hijau; 12 adalah dalam zon kuning; satu mukim dalam zon jingga dan satu mukim dalam zon merah iaitu Serkam (1355 kes).

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 2464 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor masih mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri dengan mencatat sebanyak 1103 kes, diikuti oleh Johor yang mencatatkan 492 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sehingga kini keseluruhan kes dicatatkan di Malaysia berjumlah 264,269 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Perlis Indera Kayangan.