Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 1 kematian baharu

529
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 23 Jan : Satu kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan di Negeri Melaka hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan akibat wabak ini di negeri ini telah meningkat kepada tujuh orang.

Demikian dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya sebentar tadi.

Tambah laporan itu lagi, sebanyak 278 kes baharu Covid-19 direkodkan di negeri Melaka hari ini dengan 277 daripadanya adalah kes tempatan, sementara satu lagi adalah daripada kes Import B.

JKNM juga melaporkan, sebanyak 1158 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC hari ini termasuk enam kes ICU sementara enam kes lagi dibantu dengan alat penafasan.

Terdapat dua kluster baharu yang diumumkan oleh JKNM hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Bali Residence dan Kluster Penjara Sungai Udang.

Tambah JKNM lagi, kluster yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Serkam Tengah, Kluster Pantai Peringgit, Kluster Dialisis Malim, Kluster Teknologi Kesidang, Kluster Rambai, Kluster Telok Mas, Kluster Anak Air, Kluster Tembok Kemus, Kluster Bukit Sebukor dan Kluster Jalan Usaha sementara kluster negeri lain yang melibatkan Melaka pula ialah Kluster Jalan Harapan dan Kluster Tanjung Megah.

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 4275 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini di mana Selangor mencatat kes tertinggi antara negeri dengan merekod 1421 kes dan diikuti oleh Kuala Lumpur yang mencatatkan 548 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.