Home Berita PAS Johor

Covid-19 Johor | Johor Bahru kekal kes 4 angka

136
SHARE


Oleh Nazirul Munir

KLUANG, 11 Feb : Johor Bahru mencatatkan jumlah kes harian baharu COVID-19 sebanyak 1,262 kes dan mengekalkan kes harian 4 angka seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut JKN Johor, Daerah Johor Bahru merupakan daerah yang mempunyai kes harian tertinggi di Johor selain dari Kluang dan Muar masing-masing dengan 149 dan 145 kes baharu.

Laporan kes positif

Tambah JKN Johor lagi, kes harian COVID-19 Negeri Johor mencatatkan peningkatan dengan kes positif sebanyak 2,860, berbanding 2,837 pada semalam.

Di dalam sebuah hantaran di aplikasi Telegram Covid-19 Negeri Johor menyatakan, sebanyak 18,501 kes yang masih aktif di Negeri Johor dan 862 kes sembuh bahari dicatatkan.

Laporan seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan sebanyak20,939 kes baharu direkodkan hari ini meningkat berbanding 19,090 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah sebanyak 2,996,361.

Selangor menjadi negeri yang mencatatkan kes tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 4,291 kes, diikuti Sabah (3,361), Johor (2,860), Kedah (1,623), Kelantan (1,589), Pulau Pinang (1,490), Negeri Sembilan (1,235), Kuala Lumpur (1,095), Pahang (1,008).

Melaka pula merekodkan 988 kes, Perak (443), Terengganu (293), Sarawak (214), Putrajaya (190), Labuan (132) sementara Perlis pula merekodkan 127 kes baharu.