Home Berita PAS Johor

Cikgu Mala Terus Konsisten Berkhidmat Untuk Rakyat

621
SHARE

Pemanis, 30 Mei 2017:  “Menyantuni rakyat dan penduduk di DUN Pemanis adalah rutin yang bukan bermusim namun aktiviti menyantuni rakyat terus dilakukan pada setiap masa secara konsisten”, iltizam Normala Sudirman atau lebih mesra dipanggil Cikgu Mala selaku Penyelia Pusat Aduan Rakyat(PAR )di DUN Pemanis.

Menjelang Ramadhan baru-baru ini, Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis diketuai oleh Cikgu Mala dan beberapa orang AJK telah turun ke Felda Pemanis 1 & 2,Felda Medoi,Kg.Jawa dan sekitar DUN Pemanis dengan mengedarkan Takwim Ramadhan dan buah Kurma kepada penduduk di sekitar premis kedai, pasar malam , dan rumah penduduk. Sementara itu,  kedatangan Cikgu Mala disambut dengan baik oleh penduduk yang sedang membeli lauk untuk persiapan berbuka puasa . Ini kerana mereka telah mengenali beliau yang pernah menjadi calon PRU ke – 13 di DUN Pemanis pada 2013 yang lalu.

Selain dari beramah mesra dan bertanya khabar serta mengucapkan selamat berpuasa,Cikgu Mala juga sempat menyapa kaum ibu  yang berusaha menambah pendapatan dengan berniaga kecil-kecilan di warung -warung kecil sekitar DUN Pemanis. Manakala pada petangnya pula Cikgu Mala menyantuni penduduk Felda Medoi dengan mengunjungi kediaman penduduk dan menyantuni kaum ibu yang berniaga kuih – muih  di warung sekitar DUN Pemanis.

Selain Takwim Ramadhan dan edaran buah Kurma, banner ucapan Salam Ramadhan dari PAR DUN Pemanis serta aktiviti menyantuni rakyat dipaparkan di media sosial seperti facebook untuk meraikan anak muda yang aktif mengikuti perkembangan di media elektronik.

“Saya penuh optimis apabila kita menyantuni penduduk bukan sekadar hanya di musim pilihanraya sahaja akan dapat menyimpul ukhuwwah dan jalinan silaturrahim yang erat secara berterusan” kata Cikgu Mala kepada piha Harakah 4 Ramadhan yang lalu.

{jathumbnailoff}