Home Artikel PAS Kelantan

Cikgu Ibrahim tambah pengaruh PAS di Salor

2,017 views
SHARE

GERAK kerja PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor kini tambah bersemangat dengan pelantikan Ibrahim Isa sebagai penyelia Dun awal Julai lalu.

Sebelum ini pengurusan Dun terbabit di bawah kendalian anggota Exco, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman sebagai penyelaras Dun.

Ibrahim berkata, sebelum dilantik sebagai Penyelia Dun beliau terlibat secara tidak langsung dalam pengurusan di peringkat Majlis Tindakan Dun (MTD) Salor.

Katanya, pelbagai program diadakan sejak Adun Salor, Datuk Husam Musa menyertai parti lain pada tahun lepas.

“Setiap program yang kami adakan sentiasa mendapat sambutan meriah. Malah lebih ceria berbanding sebelum ini.

“Tugas sebagai penyelia Dun bukan kerja mudah. Saya memerlukan sokongan penuh jentera di peringkat MTD bagi mengembalikan semula sokongan penduduk terhadap PAS,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Salor di Kampung Padang Sakar hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah MTD Salor, Mohd Nuri Mat Yaacob dan setiausaha MTD, Hassan Ibrahim.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan cikgu juga berkata, program rumah duafat yang diberikan kepada penduduk miskin sedang rancak dibina dengan peruntukan RM40,000 sebuah.

Katanya, tahun ini sebanyak tiga rumah dhuafat dalam proses pembinaan iaitu di Kampung Dewan Beta, Dewan Beta Hilir dan Gaung, Pendek. – HARAKAHDAILY 25/7/2017