Ceramah Pra-Fastaqim 2.0 Seluruh Negeri Terengganu
KUALA TERENGGANU – Lujnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Terengganu melancarkan program ‘Ceramah Keliling Terengganu’ bagi sesi ‘pemanas badan’ menjelang Himpunan Fastaqim 2.0.
Menurut Ketuanya, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Himpunan Fastaqim 2.0, adalah himpunan ‘Hijau Menuju Kemenangan’, khususnya di negeri Terengganu ini.
“PAS insyaAllah akan berganding bahu bersama-sama anda dalam membentuk Gelombang Hijau di negeri Terengganu ini. PAS dengan bantuan anda akan berusaha mengubah lanskap politik Terengganu yang sedang dimusnahkan oleh Umno dan kuncu-kuncunya.
“Bukti-bukti nyata seperti Projek di Kenyir, Monsun Cup, Taman Ilmu, Jertih Souq, LPT2 yang menggunakan wang rakyat Terengganu dan banyak lagi, seharusnya sudah mencukupi bagi rakyat mengubah tampuk pemerintahan Terengganu dan memberi kepercayaan kepada PAS pula,” tegas beliau dalam satu kenyataanya hari ini.
Justeru itu katanya, PAS Terengganu mensasarkan kehadiran seramai 60 ribu orang penyokong PAS dari Terengganu sebagai tuan rumah bagi mencapai jumlah kehadiran seramai 200 ribu orang.
“Ayuh kita hadir beramai-ramai ke Himpunan Fastaqim 2.0, pastikan anda salah seorang daripada 200 ribu itu,” jelas beliau.
Sehubungan itu, sebelum Himpunan Hastaqim yang akan diadakan di Pantai Tok Jembal pada 29-30 September 2017, satu siri ceramah sedang dan telah diatur di seluruh negeri dengan sehingga kini, sabagaimana jadual di bawah;
MARANG1. 22 Sept Alur LimbatPenceramah ;– Dr Fadli Hassan– Ustaz Azman Shapawi– YB Ustaz Arifin Deraman
2. 23 Sept Ru RendangPenceramah;– Ustaz Asri Mat Daud– Ustaz Yusni Mat Piah– Haji Yahaya Ali
3. 21 Sept Bukit PayungPenceramah;– Ustaz Abdullah Yaakob– Haji Amzad Hashim– Ustaz Mohd Nor Hamzah
HULU TERENGGANU1. 12 Sept Kg Nibong, TelemongPenceramah;– YB Dr Alias Abd Razak– Ustaz Azman Shapawi– Ustaz Kamaruzaman Abdullah– Ustaz Khairul Huda Mohamad
2. 15 Sept Durian Mas, ManirPenceramah;– YB Hilmi Harun– Haji Ahmad Amzad Hashim– Ustaz Mohd Harun Esa
3. 17 Sept, Kg Gaung, Kuala BerangPenveramah;– YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim– YB Ust Wan Hassan Wan Ramli– YBhg Tuan Hj Muhyidin Abd Rasyid
KUALA TERENGGANU1. 22 Sept Sebelah Surau Gelung BilalPenceramah;– Ustaz Dato’ Khairuddin Aman Razali– Ustaz Khalil Abdul Hadi– Ustaz Kamaruzaman Abdullah– Haji Ahmad Amzad
KEMAMAN1. 22 Sept Dataran Mak Cili, Air PutihPenceramah;– Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man– Dato’ Ustaz Hussain Awang– Ustaz Khalil Abdul Hadi
SETIU1. 5 Sept Bukit Cempaka, Batu RakitPenceramah;– YB Dr.Alias Razak– Ustaz W.Faizol– Ustaz Saharizukirnain Abd Kadir
2. 13 Sept Kg Bari Kecil, PermaisuriPenceramah;– Ust Azman Shapawi– Ustaz Saharizukirnain Abd Kadir
3. 18 Sept JabiPenceramah;– YB Ustaz Mohd Nor Hamzah– Dr. Azman Ibrahim
4. 20 Sept Tahfiz An-Nur, LangkapPenceramah;– Ustaz Idris Ahmad– Ustaz Dr.Riduan Mohd Nor