Home Berita PAS Melaka

Ceramah Maulidur Rasul, pupuk ahli cinta Allah dan para Nabi

1283
SHARE

Oleh : HANIFF ABD RAHIM

BUKIT KATIL : Program Ceramah Perdana Maulidur Rasul anjuran Dewan Ulama PAS Negeri Melaka, yang merupakan acara tahunan ini diadaka di Dewan Muallim Haji Wahid Bukit Katil, disini semalam.

Pengarah program, Ustaz Rizal Idris berkata, penganjuran program pada malam ini merupakan satu usaha awal Dewan Ulama PAS Negeto Melaka membawa orang ramai agar memperingati sejarah dan mengambil ibrah perjuangan Nabi Muhammad SAW.

Menurut beliau, program tersebut telah mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 500 orang yang hadir, terdiri daripada pelbagai latar belakang mahu pun politik.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program malam ini. Mudah-mudahan kesan daripada program ini, kita dapat memupuk semangat rasa cinta kepada Allah dan para Nabi,” katanya.

Ceramah Perdana Maulidur Rasul tersebut, menampilkan tiga tokoh penceramah yang tidak asing lagi di Negeri Melaka, iaitu Ketua Dewan Ulama PAS Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail, Ustaz Mohd Najib Kassim dan Mohd Faisol Syeikh Mohamed.

Turut hadir bersama, Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek serta Ahli Jawatankuasa Perhubungan PAS Negeri Melaka.