Home Berita PAS Melaka

Catatan dinihari PJ PAS Melaka | Politik Mat Jenin

73
SHARE

Sabtu | 12.30 am | 3hb Julai 2021

ANTARA cerita klasik Melayu yang agak menarik adalah kisah Mat Jenin. Terkenal di alam Melayu dengan peribahasa ‘angan – angan Mat Jenin’.

Al kisah… Mat Jenin ni orang kampung yang agak susah. Kerjanya ambil upah panjat pokok kelapa. Saban hari akan ada orang panggil dia minta panjat pokok kelapa untuk buat minyak dan sebagainya.

Suatu hari Mat Jenin panjat pokok kelapa seperti biasa. Apabila berada di atas pokok dia pun duduk berlapikkan pelepah kelapa sambil berangan-angan.

Bermain dalam fikirannya “Kalau aku banyak duit, aku nak beli kambing sebab kambing cepat membiak. Bila dah banyak kambing, aku nak tukar pelihara lembu. Bila lembu aku dah banyak, aku jadi kaya raya kemudian aku nak meminang anak Raja”.

Dalam dia khayal berangan, tiba-tiba pelepah tersebut patah dan Mat Jenin pun jatuh ke bawah lalu mati.

Begitulah al kisahnya, habis masa dia berangan dari atas pokok sampai nak kahwin anak Raja akhirnya tak tercapai juga cita-citanya.

Dalam politik Malaysia, dewasa ini ramai juga yang minat berangan macam Mat Jenin. Ada yang berangan nak jadi YB segera; ada yang nak jadi YAB jadian dan tak kurang juga ada yang nak jadi PM walaupun secara alam maya sahaja dan tak sabar nak angkat sumpah depan pintu istana.

Maka berpura-puralah membela Raja dan istana, manalah tahu terdetik hati Tuanku YDPA panggil mengadap angkat sumpah.

Tidak mengapalah hendak berangan tiap-tiap hari pun, sebab benda free tak kena bayar pun.

Cuma takut jadi PM tepi je. Jangan jadi macam angan-angan arwah Mat Jenin sudahlah…

Hidup ini sementara, baiklah buat perkara yang lebih bermanfaat. Jangan jadi seperti Mat Jenin cukuplah.

DATUK USTAZ KAMARUDIN HJ SIDEK
Pesuruhjaya PAS Melaka