Home Berita PAS Selangor

Syabab Care santuni 10 keluarga India di Batu Caves – Naib KP PAS Selangor

3
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Itulah pepatah yang dapat digambarkan bila mendengar cerita mereka untuk survive di musim pandemik Covid-19 ini. Ada yang terputus pendapatan, ada yang diberhentikan kerja, ada yang sakit tidak dapat keluar bekerja dan pelbagai lagi masalah lain.

Saudara Muhammad Fadzli Abu Bakar selaku Naib Ketua Pemuda PAS Selangor yang juga penggerak utama Syabab Care Malaysia menyatakan bahawa mereka bersama DHPP Gombak terpanggil untuk membantu 10 keluarga India di Batu Caves.

Menurut beliau, Islam mengajar kita untuk membantu semua insan tanpa mengira latar belakang mereka. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang susah. Syabab Care bersama DHPP Gombak sampaikan sumbangan barang-barang keperluan harian kepada mereka hasil infaq orang ramai.

Ayuh kita menyumbang ke dana orang susah melalui akaun berikut,

Bank : Maybank
No. akaun : 5622 0965 3403
Ref : DanaSantuniOrgSusah
Akaun : PERTUBUHAN SYABAB PRIHATIN DAN KEBAJIKAN

(SYABAB CARE)

Hulurkan sumbangan anda melalui Link :
Maklumkan sumbangan anda melalui Whatsapp :
Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor