Home Berita PAS Johor

Calon Profesional : Dua Ahli Akademik dan Seorang Doktor Wakil PAS kawasan Muar

1704
SHARE

MUAR : Pada hari penamaan calon yang lalu, PAS Kawasan Muar telah mempertaruhkan tiga orang calon anak tempatan untuk bertanding untuk menentang calon-calon Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. Di P 146 Parlimen Muar ialah Cikgu Abd Aziz Talib, N15 Dun Maharani ialah Dr Mohamad Taslim dan N16 Dun Sungai Balang ialah Cikgu Cheman Yusoh.

Cikgu Abd Aziz Talib yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Muar akan bertanding menentang calon penyandang P146 Parlimen Muar, Dato’ Razali Ibrahim yang juga merupakan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri dan telah dua penggal memenangi P 146 Parlimen Muar.

Cikgu Abd Aziz merupakan seorang pesara guru telah lama aktif dalam PAS Muar sejak lebih 30 lalu dan pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda PAS Kawasan Muar yang pertama. Beliau juga cukup dikenali di Muar termasuk masyarakat Cina kerana sering turun padang menyantuni mereka dengan program kebajikan dan kesihatan.

Sementara calon bagi N 15 Dun Maharani pula, Dr Mohamad Taslim adalah penyandang N 15 Dun Maharani sejak dua penggal yang lalu (2008 – 2018). Beliau juga aktif membantu memberi khidmat masyarakat sejak sebelum menjadi ADUN lagi melalui khidmat rawatan kesihatan percuma kepada masyarakat setempat, bukan sahaja di Dun Maharani tetapi juga di Dun Sungai Balang. Beliau yang mempunyai kliniknya sendiri juga amat disenangi oleh masyarakat Cina kerana sering membantu menyelesaikan aduan-aduan yang diterima.

Bagi calon N 16 Dun Sungai Balang, Cikgu Cheman Yusoh yang juga seorang pesara guru, bekas Guru Besar di beberapa buah sekolah. Beliau amat dikenali di Muar kerana keterlibatannya sebagai Ketua Guru Pasukan Pengakap Sekolah-sekolah Muar. Beliau juga adalah pelopor penubuhan Unit Amal kawasan Muar dan negeri Johor serta pernah menerima Anugerah Khas PAS Pusat di atas jasa-jasanya kepada Jabatan Amal Negeri Johor. Di Dun Sungai Balang sendiri, beliau cukup dikenali masyarakat setempat kerana sering aktif menyantuni mereka terutama orang tua, fakir miskin dan ibu tunggal.

Calon-calon PAS adalah penduduk tetap di kawasan yang mereka tandingi, bukan penduduk yang tinggal di luar kawasan. Mereka akan sentiasa sedia berkhidmat pada bila-bila masa. Itulah kelebihan calon PAS jika dibandingkan dengan calon pihak lawan.