Home Berita PAS Kedah

Calon PN Padang Terap santuni masyarakat kampung

383
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PADANG TERAP – Pilihan Raya Umum ke-15 kali ini adalah calon anak muda berintergriti yang berada di Padang Terap. Beliau turun santuni masyarakat kampung kelmarin.

PAS Padang Terap meletakkan kepercayaan dan menyokong sepenuhnya kepada calon Parlimen Perikatan Nasional Padang Terap iaitu Ustaz Nurul Amin Abd Hamid.

Ustaz Nurul Amin Abd Hamid merupakan Pegawai Khas Menteri Besar Kedah merangkap Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah dan Ketua Pemuda Perikatan Nasional.Beliau calon yang mesra rakyat serta mesra anak muda.

Kelmarin, seharian calon turun ke kampung-kampung menyantuni serta beramah mesra bersama penduduk kampung di sekitar Padang Terap.

Yang diPertua PAS kawasan Padang Terap Ustaz Mohd Azam Abd Aziz dan PAS Padang Terap menyeru kepada semua pengundi di seluruh daerah Padang Terap agar kita sama-sama membuat perubahan di kawasan kita dengan memilih calon anak muda yang berintergriti dan beramanah demi kesejahteraan rakyat.