PADANG TERAP – Calon Perikatan Nasional Padang Terap, Ustaz Nurul Amin Abd Hamid bersama ribuan anak muda dalam acara Konvoi Gelombang Padang Terap, pada Jumaat.
Konvoi yang diketuai Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Hj. Muhammad Sanusi Md Nor bermula di perkarangan Kompleks PAS Kawasan Padang Terap menuju beberapa lokasi di sekitar jalan Kuala Nerang.
“Terima kasih semua yang menjayakan Konvoi Gelombang Padang Terap,
“Doakan Perikatan Nasional Padang Terap menang PRU15,” ujarnya.
Pada PRU kali ini, Nurul Amin yang juga Pegawai Khas Menteri Besar Kedah akan menghadapi Mahdzir Khalid mewakili Barisan Nasional (BN), dua lagi calon adalah Muaz Abdullah daripada Pakatan Harapan (PH) dan Razali Lebai Salleh dari Pejuang yang mewakili Gerakan Tanah Air (GTA).