Home Berita PAS Wilayah

Pemeriksaan Kesihatan Percuma Buat Warga Lembah Pantai

62
SHARE

Oleh Muhbib ‘Adni

LEMBAH PANTAI, 12 Nov : PAS Kawasan Lembah Pantai telah menganjurkan Program Pemeriksaan Kesihatan dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan, Medicom di PPR Kerinchi hari ini.

Pemeriksaan kesihatan secara percuma tersebut adalah bertujuan untuk memberi ruang khususnya buat golongan B40 di sekitar Lembah Pantai untuk mengetahui tahap kesihatan semasa mereka.

“Program sebegini amat bagus dilaksanakan kerana ianya melibatkan tahap kesihatan kita. Kita dapat tahu keadaan diri kita sama ada betul-betul sihat atau sekadar rasa sihat”, demikian antara luahan salah seorang penduduk setempat, Suhaimi yang turut serta mendapatkan pemeriksaan kesihatan tersebut.

Turut sama menyantuni penduduk setempat yang hadir adalah Calon Perikatan Nasional Parlimen Lembah Pantai bagi Pilihanraya Umum ke-15, LAr Haji Fauzi Abu Bakar berserta Jawatankuasa Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Lembah Pantai yang lain.

LAr Haji Fauzi berharap agar program seperti ini dapat dilakukan lagi pada masa hadapan bagi memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih prihatin terhadap tahap kesihatan semasa.

Beliau turut menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan kepada golongan yang memerlukan di penghujung program tersebut.