Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Calon Muslimat Anggun Peribadi, Bakal Tawan P.006 Kubang Pasu

1221
SHARE

Calon Muslimat Anggun Peribadi, Bakal Tawan P.006 Kubang Pasu

Kerusi panas yang menjadi tumpuan di Parlimen P.006 Kubang Pasu, PAS meletakkan calon wanita iaitu Puan Norhafiza Fadzil sebagai calon pilihan di kubu kuat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

Norhafiza Fadzil calon wanita muda yang sangat komited, juga bersifat keibuan serta kental di medan dakwah. Aktif dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan di peringkat dalam dan luar negara.

Beliau mempunyai kelulusan dalam Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Operasi) serta Diploma Pengajian Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara.

“Achik” panggilan manja merupakan Pengurus Pentadbiran dan Operasi, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), seorang Eksekutif Pentadbiran Richworks International Sdn Bhd dan Penolong Setiausaha Syarikat Peninsular & Peninsular Sdn Bhd.

Perwatakan ceria, sentiasa tersenyum, proaktif dan pantas memperlihatkan kelibatnya seorang yang tidak boleh duduk diam. Beliau juga antara calon muda yang bakal dipertandingkan di kubu kuat pihak lawan. Insyaallah semoga tsunami hijau bakal melanda di bumi Kubang Pasu!