Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Calon PAS N.19 Bukit Antarabangsa Pendidik Berkaliber

884
SHARE

Calon PAS N.19 Bukit Antarabangsa Pendidik Berkaliber

oleh : Nadzirah Mohd Nizar

Parti Islam SeMalaysia (PAS) menawarkan seorang pendidik berkaliber untuk N.19 DUN Bukit Antarabangsa, Sharifah Haslizah Syed Ariffin.

Pemegang Diploma Sains Komputer UiTM dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Major Pengurusan) Universiti Malaya ini telah menunjukkan sifat kepimpinan sejak bergelar mahasiswi dengan menjadi Ketua Biro Dakwah Persatuan Taekwando di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang dan Ketua Biro Penerbitan Kolej Kesepuluh Universiti Malaya.

Wanita kelahiran tanah Hang Tuah ini menjadi pendidik sejak 17 tahun yang lalu serta cukup akrab dengan anak – anak didik beliau dan dikenali oleh para penduduk sekitar Ampang.

Sharifah Haslizah berkhidmat di sekolah Menengah Agama (Arab) ILMI di mana beliau mencurah ilmu dan menyumbang tenaga sebagai guru penolong Badan Dakwah dan Tarbiyah, guru kaunseling dan guru disiplin selain mengajar mata pelajaran Sains.

Di samping bergelar seorang pendidik, ibu kepada empat orang cahaya mata ini juga sentiasa memberi komitmen kepada PAS lantas mendapat kepercayaan untuk memegang beberapa jawatan penting antaranya Ketua Lajnah Ekonomi Dewan Muslimat PAS Kawasan Ampang (DMPA) (2003-2009), Ketua Penerangan DMPA (2009-2013), Timbalan Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Ampang (2013-2015) dan Ketua Penerangan PAS Ampang (2015-2019).

Kepimpinan beliau juga diiktiraf apabila dilantik sebagai ahli majlis bagi Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan diamanahkan beberapa portfolio khusus iaitu Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Kemasyarakatan dan Teknologi Hijau, Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin dan Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam.