Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Ustazah Nuridah Salleh Icon Ummi Protaz Bertanding di P.107 Sungai Buloh

1730
SHARE

Ustazah Nuridah Salleh Icon Ummi Protaz Bertanding di P.107 Sungai Buloh

Ustazah Nuridah Mohd. Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia diletakkan sebagai calon P.107 Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum kali ini.

Ustazah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Malaya. Ustazah merupakan Guru Besar di Sekolah Rendah Islam Al Abqari, sekolah yang diasaskan sendiri selepas tamat pengajian. Beliau juga seorang pendakwah bebas yang dijemput secara berkala oleh jabatan kerajaan, swasta mahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Penglibatan aktif ustazah dalam medan dakwah dan misi bantuan kemanusiaan antaranya ke Syria, Myanmar, Bangladesh, Filipina, Rohingya dan sebagainya tidak membataskan beliau untuk mendidik anak-anak menjadi para huffaz dan hafizah serta ada di kalangan profesional dalam bidang masing-masing.

Berikut perihal anak-anak ustazah seramai 10 orang.

Anak pertama, 32 tahun ‘Abang Long’ : seorang hafiz al Quran.

Anak kedua, 30 tahun ‘Kakak’; diuji penyakit sawan ketika kecil, namun mampu menguruskan diri sendiri.

Anak ketiga, ‘Abang De’ 29 tahun : Lulusan Jurusan Kejuruteraan di Universiti Teknologi Petronas (UTP), juga seorang Hafiz al Quran. Kini menyambung pengajian ke peringkat Sarjana.

Anak keempat, ‘Abang Teh’ 27 tahun : Mengambil Jurusan Kejuruteraan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Juga seorang Hafiz al Quran.

Anak kelima, Abang. Cik’ : Seorang Hafiz al Quran, belajar di Universiti Yarmouk, Jordan

Anak keenam, ‘Kak Ndak’ : Seorang hafizah al Quran, lulusan Universiti Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry, Acheh Indonesia.

Anak ke tujuh, ‘Dik Lang’ : Seorang hafizah al Quran, sedang menunggu kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi.

Anak ke lapan, ‘Abd. Aziz’ : Meninggal dunia dalam usia 11 tahun semasa belajar tahfiz di Afrika.

Anak ke sembilan, Fatimah 17 tahun : seorang hafizah

Anak ke sepuluh, ‘Dik Su’ 15 tahun : 10 juzu’ bakal hafizah insha Allah!

8 daripada 10 orang anak-anak ustazah Hafiz dan Hafizah. MasyaAllah, inilah calon ummi Protaz! Ustazah Nuridah ummi yang hebat bertanding di Parlimen Sungai Buloh. Jom! Undi PAS untuk Sungai Buloh yang lebih Sejahtera.