Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Ulamak, Profesional Dan Aktivis Tawaran Calon PAS Melaka

1525
SHARE

Ulamak, Profesional Dan Aktivis Tawaran Calon PAS Melaka

Oleh : Nadzirah Razaq

Kesemua calon PAS Melaka yang diumumkan Pesuruhjaya PAS negeri Melaka, Kamaruddin Sidek Khamis lalu terdiri daripada kalangan berpendidikan; terdiri dari pelbagai latar belakang.

“Dalam 29 calon yang kita letakkan, mereka terdiri daripada 9 orang agamawan, 8 orang ahli perniagaan, 7 orang profesional dan 8 orang aktivis PAS,” kata beliau.

“Calon-calon kita kesemuanya mempunyai latar belakang pendidikan yang pelbagai”.

“8 orang merupakan lepasan universiti luar negara.

“10 orang calon daripada lepasan IPTA dan IPTS dalam negara.

“11 orang adalah lepasan diploma daripada bidang yang pelbagai,” ujarnya.

Kamaruddin Sidek menjelaskan bahawa kesemua calon telah melaksanakan ikrar taat setia kepada parti untuk bertanding dalam PRU 14 pada kali ini.