Home Berita PAS Kelantan

CAKNA – Khidmat katil bergerak

5
SHARE
KIJANG, 28 Jun: Pusat Khidmat DUN Kijang menyediakan khidmat katil bergerak bagi memenuhi keperluan pesakit terlantar dan tidak berkemampuan.
Penggunaan katil ini diberi guna sehingga pesakit kembali pulih atau meninggal dunia dan pihak PKD akan mengambil kembali untuk diberikan kepada pesakit lain.
Setakat ini terdapat 8 buah katil, dua daripadanya disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Kesemuanya digunakan oleh pesakit terlantar dan setakat ini permintaan untuk menggunakan katil ini cukup tinggi.
Pada minggu lepas, dua buah katil telah dihantar ke Pulau Kundur dan sebuah lagi ke Kuala Besar. Rata-rata keluarga melahirkan rasa syukur dan gembira dengan khidmat katil ini kerana ia telah mengurangkan beban mereka.
Ucapan penghargaan juga kepada penghulu yang sentiasa cakna dengan keperluan anak mukim yang memerlukan dan bergotong-royong mengangkat dan memasang katil dari rumah ke rumah.
Kepada yang ingin memberi sumbangan katil, pihak PKD amat mengalukan dan kepada yang memerlukan khidmat katil bergerak ini, diminta maklumkan kepada penghulu masing-masing atau terus ke Pejabat Khidmat DUN Kijang untuk mendapatkannya.