Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Buku Panduan Munajat ‘AKIFI Khusus untuk Muslimat

4014
SHARE

Buku Panduan Munajat ‘AKIFI Khusus untuk Muslimat

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) telah menganjurkan Program Munajat yang dikenali dengan nama Gelombang ‘AKIFI (GA) khusus buat penggerak Muslimat PAS di seluruh negara sejak Ogos 2015. Program ini telah memasuki Siri ke-12 yang diadakan pada setiap minggu di semua negeri secara bergilir-gilir.

Program ini telah diperluaskan pelaksanaannya bukan hanya khusus untuk Muslimat PAS, malah ianya terbuka kepada seluruh wanita dan muslimat lain tidak kira latar belakang dan fahaman politik.

Justeru, DMPM mengambil inisiatif untuk menerbitkan Buku Panduan KOR Munajat ‘AKIFI sebagai panduan dan bimbingan kepada mereka yang ingin mengadakan Majlis Bacaan Yaasin/ Tahlil/ Ruqyah mahupun Munajat di kawasan setempat bersama orang ramai atau secara bersendirian.

Isi kandungan yang lengkap ini akan memudahkan perjalanan majlis dan memberikan lebih penghayatan kerana setiap isi mengandungi maksud yang mudah difahami dan ringkas.

Orang ramai boleh terus mendapatkannya di Pejabat DMPM Jalan Raja Laut atau terus hubungi Cik Mardhiah di talian 013-2002465, dengan harga hanya RM 10 senaskhah (tidak termasuk pos).