Home Berita PAS Pulau Pinang

Muslimat Muda PAS Serba Boleh

1507
SHARE

25 Jamadilakhir 1440H |2 Mac 2019 | Sabtu

Oleh: Nabihah Fauzi

Tasek Gelugor: Ameerah Tasek Gelugor antara pasukan bola jaring yang turut serta dalam pertandingan bola jaring di PAKSY (Pusat Kecemerlangan As-Syafie) sempena hari karnival Sukan, Konsert dan Pameran (KaSak).

Penyertaan Ameerah Tasek Gelugor dalam pertandingan bola jaring ini menunjukkan semangat sukan dalam kalangan muslimat muda PAS sekali gus mencungkil bakat ahli Ameerah dan mengeratkan lagi ukhuwwah sesama ahli.

Ameerah Tasek Gelugor merupakan sebuah entiti bawah Dewan Muslimat PAS Tasek Gelugor yang mewakili suara muslimat muda PAS. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh Ameerah Tasek Gelugor dalam memberdayakan muslimat muda PAS juga aktiviti bermanfaat yang melibatkan orang ramai.

#IslamMemimpin
#AmeerahTasekGelugor
#AnakMudaSokongPAS