Home Kedah

Munajat Ummah, Menangkis Fitnah 8 Mac

261 views
SHARE

Assalamu’alaikum Wmt. Wbrkt.

1. Gelombang fitnah terhadap PAS semakin kuat mutakhir ini. Segala serangan tersebut hanyalah bertujuan untuk melemahkan PAS yang semakin mendapat sokongan dari umat Islam di negara ini.

2. PAS merasakan hanya Allah Azzawajalla sebagai tempat untuk dipinta pertolongan bagi menangkis gelombang fitnah yang sangat dahsyat itu.

3. Justeru Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah akan menganjurkan “Munajat Ummah, Menangkis Fitnah” yang akan diadakan pada 8 Mac 2019 (Jumaat), jam 4.00 pagi, di Kompleks PAS Kedah. Program yang diadakan juga adalah selaras dengan arahan YB Dato’ Seri Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul hadi Awang.

4. Ahli-ahli dan penyokong PAS serta seluruh umat Islam dijemput hadir untuk sama-sama kita bermunajat memohon pertolongan dari Allah.

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Sheikh Fakhrurazi
Pesuruhjaya PAS Kedah.
4 Mac 2019.