Home Berita PAS Johor

Buka Masjid Bagi yang Sudah Lengkap Vaksinasi

175
SHARE

Buka Masjid Bagi yang Sudah Lengkap Vaksinasi

 

1. Bagi membendung perebakan pandemik Covid-19 memerlukan dua pendekatan utama iaitu Kawalan Pergerakan samada kendiri ataupun yang ditetapkan oleh kerajaan dan vaksinasi yang meluas

2. Proses vaksinasi yang dilaksanakan oleh kerajaan sedang menuju kepada momentum yang diharapkan apabila bekalan vaksin daripada semua pembekal diyakini dapat dipenuhi dalam beberapa minggu yang mendatang.

3. Namun jumlah rakyat yang sudah mendaftar untuk vaksinasi secara sukarela masih jauh daripada yang diharapkan. Ia diterukkan dengan kefahaman salah yang disebarkan oleh media sosial sehingga menyebabkan ramai yang gagal untuk hadir dalam temujanji vaksinasi yang telah dibuat.

4. Pada masa yang sama, ramai di kalangan masyarakat Islam yang mempertikaikan arahan larangan mengimarahkan masjid dan surau kerana akur dengan Prosedur Amalan Standard(SOP) yang digariskan oleh kerajaan pusat ataupun negeri.

5. Justeru Lajnah Kesihatan PAS Pusat bersetuju dengan syor beberapa pihak termasuk Kerajaan Negeri Kelantan agar rumah-rumah ibadat ini dilonggarkan pengimarahannya khusus kepada rakyat yang sudah lengkap vaksinasinya. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan sijil vaksinasi digital sebagai bukti untuk mendaftar kepada jawatankuasa masjid/surau bagi tujuan tersebut.

6. Melalui langkah ini, kita berharap agar proses pendaftaran vaksinasi dapat berjalan dengan lebih baik dan imuniti berkelompok akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekat. Mudah-mudahan semua rakyat boleh kembali menjalani kehidupan seperti biasa dengan norma-norma baru yang ditetapkan kerajaan.

Dr. Mohd Mazri Bin Yahya
Pengerusi Lajnah Kesihatan PAS Pusat
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor
10hb Jun 2021