Home Artikel PAS Wilayah

Kunjung Hormat Jalinan Kerjasama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dengan Global Unity Network

1001
SHARE

Kunjung Hormat Jalinan Kerjasama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dengan Global Unity Networ.

Selasa- Rombongan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan telah mengadakan lawatan kunjung hormat ke pejabat urusan Global Unity Network di Plaza Pekeliling, Kuala Lumpur yang banyak terlibat melakukan kerja-kerja dakwah. Pertubuhan berkenaan diketuai oleh Brother Shah Kirit yang telah berpengalaman dengan kerja dakwah selama berpuluh tahun. Rombongan DPPWP diketuai Ketua Pemuda, Ustaz Mohd Farkhan Md Zain ditemani oleh Setiausaha Saudara Azmer Syazwan Ahmad Suparmin, Penolong Setiausaha Saudara Luqman, Ketua Penerangan Saudara Mohd Shahir Abu Hassan, dan Ketua Lajnah Dakwah Saudara Anas.

Banyak perkara telah dibincangkan dalam pertemuan berkenaan, antara yang penting ialah bagaimana DPPWP dn Global Unity Network ini dapat bekerjasama untuk melebarkan lagi usaha dakwah kepada masyarakat khususnya di Wilayah Persekutuan ini. Beberapa program juga telah dirancang bagi merealisasikan hasrat ini.

Semoga pertemuan ini bermanfaat dan membuahkan hasil demi untuk melihat kerja dakwah yang mulia ini samada dapat diperhebatkan lagi pada masa akan datang.