Home Berita PAS Pahang

Bubur Asyura DUN Pulau Manis

76
SHARE

Oleh : ZAITON ABDUL HALIM

PEKAN, 24 Jul – Program Edaran Bubur Asyura telah diadakan di Surau Al-Hijrah Kampung Seri Damai anjuran Dewan Muslimat PAS Kawasan Pekan (DMPK) di sini kelmarin.

Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan Ustaz Abu Kassim Manaf berkata, bagi menghidupkan Sunah Rasulullah SAW, disunatkan berpuasa pada 9 Muharam yang dikenali sebagai Hari Tasu’a dan hari ke-10 Muharam iaitu Hari Asyura.

Menurutnya lagi, program mengacau bubur asyura ini adalah salah satu kaedah tarbiyah membesarkan bulan-bulan haram dalam Islam iaitu, bulan Muharam, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah.

Bubur asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan dan ia mempunyai berlainan rasa kerana cara penyediaannya berbeza setiap negeri di Semenanjung Malaysia.

Ketua Muslimat DMPK Jamilah Chu berkata, aktiviti memasak bubur asyura mengekalkan konsep gotong-royong bermula daripada penyediaan bahan sehinggalah kepada proses mengacau yang memakan masa agak lama.

Tambahnya lagi, ia bukan hanya dapat menjalinkan hubungan mesra di kalangan masyarakat setempat malah membudayakan amalan bersedekah kerana bubur yang telah siap kemudiannya diedarkan ke kawasan yang berhampiran.

Turut hadir dalam program siri pertama ini, ialah Ahli Dewan Negeri Tanjung Lumpur Ustaz Rosli Abdul Jabar dan Ahli Parlimen Kuantan Wan Razali Wan Nor.