Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Bubar DUN: DMPM Junjung Titah Sultan

3832
SHARE

Bubar DUN: DMPM Junjung Titah Sultan

1. Dewan Muslimat PAS Malaysia menjunjung titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk membubarkan DUN sekiranya pihak Pakatan Harapan masih tidak berpuas hati akan perlantikan baru Menteri Besar Johor yang baru iaitu Datuk Ir. Hasni Mohamad.

2. Pakatan Harapan bagaikan tidak menyelami kegusaran rakyat yang sedang berdepan masalah ekonomi dan lain-lain ketika ini akibat wabak Covid -19 dan memilih untuk terus merebut kuasa setelah Kerajaan dipegang mereka jatuh kerana kemelut dalaman mereka sendiri.

3. Mereka sibuk mempersoalkan kuasa Raja yang telah menurunkan mereka dari memegang tampuk kerajaan sedangkan merekan lupa Tuanku Sultan hanya berusaha menstabilkan kerajaan akibat ketidakstabilan komponen parti mereka iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang berpecah kepada dua puak ; Penyokong Pakatan Harapan dan Penyokong Perikatan Nasional. Mereka seolah lupa Fasal 23(2) Undang Tubuh Negeri Johor 1895 yang memberikan hak kepada raja untuk menubuh dan membubarkan Dewan Undangan Negeri.

4.Konflik dalaman yang ditonjolkan kepada rakyat kebanyakan di sepanjang tempoh pemerintahan mereka sangat membosankan rakyat. Keputusan istana adalah kebijaksanaan yang mengeluarkan rakyat dari rasa muak dengan pertelingkahan pemimpin yang tidak berkesudahan.

5.Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru semua rakyat Malaysia memilih untuk terus bersatu di bawah Tuanku Sultan bagi menjamin keamanan dan kestabilan politik. Langkah ini adalah penting sebelum negara dapat memacu pelan ekonomi yang telah dirangka bagi membantu rakyat menghadapi ujian ini. Ketidakstabilan politik boleh mengakibatkan rusuhan seperti yang dialami rakyat negara Amerika sekarang Keadaan negara yang demokrasi tanpa campur tangan raja itu sudah sama seperti zon perang.

6. Pada masa yang sama, Dewan Muslimat PAS juga bersedia sekiranya Tuanku Sultan memilih untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Johor. Setelah pemimpin- pemimpin PH lebih fokus mengenai kuasa di saat rakyat berdepan cabaran pandemik, maka sebaiknya hak untuk memilih pemimpin yang wibawa dan memimpin mereka keluar dari masalah yang sedang melanda negara dikembalikan kepada rakyat.

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

Yb Ustazah Nuridah bt Mohd Salleh
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia.
5/6/2020 | 13 Syawal 1441H