Home Artikel PAS Perak

YB Akmal lawat usahawan Manjung

393
SHARE

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Kerajaan Negeri Perak, YB Ustaz Mohd Akmal Kamarudin telah mengadakan lawatan ke beberapa buah kedai usahawan bumiputra di sekitar Manjung, di sini baru-baru ini.

Antara destinasi yang telah beliau lawati adalah Kedai Runcit Taqwa Green Mart yang menjual barangan runcit keperluan harian masyarakat khususnya penduduk di Manjung.

Beliau ketika ditemui memuji usaha yang telah dibangunkan oleh PAS kawasan Lumut bagi mewujudkan sebuah kedai runcit untuk menampung dan memudahkan masyarakat setempat dan penduduk sekitarnya bagi membeli keperluan harian.

Setelah itu, beliau telah mengadakan kunjungan ke Agro Bazaar Kedai Rakyat, pembekal barangan basah utama di Manjung sesuai dengan matlamat penubuhannya sebagai tempat mengumpul, membeli dan menjual hasil-hasil pertanian yang diusahakan oleh petani kecil dan masyarakat kampung dengan harga yang berpatutan.

Terdahulu, Ustaz Akmal yang juga merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak berkesempatan menziarahi Penerima Anugerah Tokoh Istiqomah sempena Muktamar Tahunan PAS Kali ke-64  tahun 2018 yang lalu, Noh Ahmad yang juga merupakan mantan YDP PAS Lumut dan pimpinan PAS Perak.

Turut hadir mengiringi Ustaz Akmal, Yang DiPertua PAS Kawasan Lumut merangkap Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung, Rosli Abdul Rahman, Timbalan beserta Naibnya, Zainal Abidin Saad, Mohamad Che Ghani dan Setiausaha PAS Kawasan Lumut, Hamidun Ahmad.