Home Berita PAS Kedah

Bowling : Eratkan 3 Pemuda Kawasan

528
SHARE

Sukan bowling mahabbah telah menjadi platform alternatif bagi menguatkan ukhawah para pemuda di tiga kawasan iaitu Alor Setar, Pokok Sena dan Kubang Pasu yang diadakan di Pusat Bowling Aman Central Alor Setar malam tadi.

Pendekatan melalui sukan bowling ini diambil oleh para pimpinan pemuda tiga kawasan tersebut bersama DACS untuk memastikan ukhwah semakin erat antara para pemuda yang terlibat kearah memperkukuhkan saf kepimpinan dan ahli.

Turut hadir meraikan mereka ialah Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah ,Ustaz Nurul Amin Bin Hamid yang tidak ketinggalan turut menyertai acara bowling tersebut.

Sebanyak 8 pasukan berjaya menghabiskan pertandingan mahabbah kali ini yang menyaksikan kesemua pasukan beraksi dengan penuh kesungguhan dalam suasana penuh harmoni dan ceria.

Lebih menarik lagi, turut diadakan pertandingan antara ketua-ketua pemuda dan Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah yang dijuarai oleh Ketua Pemuda PAS Alor Setar.

Alor Setar merupakan juara keseluruhan yang mengumpulkan mata tertinggi dalam acara bowling kali ini.