Home Berita PAS Pahang

Selamat berjuang pasukan baharu PAS Pahang!

2017
SHARE

Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri Pahang kali Pertama sesi 2019-2021 pada Sabtu menyaksikan pelantikan beberapa muka baharu bagi mendepani perjuangan mendatang.

Dalam mesyuarat dipengerusikan oleh Pesuruhjaya yang baru dilantik, YB Haji Rosli bin Abdul Jabar, memutuskan Timbalan Pesuruhjaya Zon Tengah diamanahkan kepada Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri pada sesi lalu, Hasenan Haron menggantikan Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh Md Jusoh Darus.

Tempat Hasenan yang mesra dengan panggilan Cikgu Nan, digantikan dengan timbalannya Hamdan Abdullah.

Manakala Setiausaha Perhubungan yang telah berkhidmat pada beberapa sesi, Roslan Zainal digantikan dengan Ketua Penerangan sebelum ini Hassanuddin Salim.

Tempat Hassanuddin digantikan oleh YB Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Paya Besar..

PAS Pahang juga mendapat Bendahari Perhubungan yang baharu dijawat oleh YB Ustaz Shahril Azman Abd Halim menggantikan Musaniff Abdul Rahman.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Perhubungan juga menyaksikan kemunculan beberapa muka baharu yang diyakini mampu membawa cabaran lebih besar khususnya menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 15 akan datang.

Berikut adalah senarai penuh pasukan yang akan disertai Yang Dipertua dan Setiausaha kawasan-kawasan:

Jawatankuasa Harian Negeri

  1. Pesuruhjaya: YB Haji Rosli bin Abdul Jabar
  1. Timbalan Pesuruhjaya – Zon Timur: YB Haji Andansura bin Rabu
  1. Timbalan Pesuruhjaya – Zon Tengah: Tuan Haji Hasenan bin Haron
  1. Timbalan Pesuruhjaya – Zon Barat: Ustaz Yohanis bin Ahmad
  1. Setiausaha Perhubungan: Encik Hassanuddin bin Salim
  1. Ketua Dewan Ulamak: YB Ustaz Zuridan bin Mohd Daud
  1. Ketua Dewan Pemuda: YB Ustaz Mohd Zakhwan bin Ahmad Badarddin
  1. Ketua Dewan Muslimat: Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor
  1. Bendahari Perhubungan: YB Ustaz Shahril Azman bin Abd Halim Al-Hafiz
  1. Ketua Penerangan: YB Ustaz Mohd Tarmizi bin Yahaya
  1. Pengarah Pilihan Raya: Tuan Haji Hamdan bin Abdullah

3 Orang Penolong Setiausaha

  1. YB Sofian bin Abdul Jalil
  2. Encik Mohd Notfi bin Ibrahim
  3. Encik Mutacohirri bin Ludin

7 Orang AJK Tambahan

  1. Ustaz Mohd Hazmi bin Dibok
  2. Puan Rohaya binti Razali
  3. YB Ustaz Mujibur Rahman bin Ishak
  4. Cikgu Wan Mahadir bin Wan Mahmud
  5. Encik Musaniff bin Ab. Rahman
  6. Ustaz Kamal bin Ashaari
  7. Akan dilantik kemudian